Selasa, 10 Februari 2009




Kelas Latihan Seni Silat Cekak Malaysia Lembah Keramat diadakan pada setiap hari Isnin dan Rabu jam 9.00 malam sepanjang minggu bertempat Jalan AU4/6 dibawah penyeliaan Tn Hj Mohd Izham Bin Ismail dan dibantu oleh lima (5) orang tenaga pengajar lelaki dan wanita.
Pihak Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Kelas Latihan Lembah Keramat (PSSCM-KLLK) terus memberikan sokongan dan sumbangan daripada program-program yang dianjurkan oleh PSSCM. Pihak PSSCM-KLLK beriltizam untuk menjadi satu Jawatankuasa yang kekal dan terus aktif daripada segala program yang dianjurkan serta mendidik ahli-ahli membina jatidiri dan semangat yang utuh. Semoga Silat Cekak kekal sepanjang zaman. Hidup CEKAK !

Segala surat-menyurat hendaklah dialamatkan kepada :

Penyelia
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Kelas Latihan Lembah Keramat
Jalan AU4/6, 54200
Kuala Lumpur
Talian : +6019-3505 505 / +6019-6200 927

Tiada ulasan: